PBT

MPS kumpul 381 kilogram minyak masak terpakai untuk kitar semula

31 Mei 2023, 7:22 AM
MPS kumpul 381 kilogram minyak masak terpakai untuk kitar semula

Oleh Azian Aziz

SELAYANG, 31 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjaya mengumpul 381 kilogram minyak masak terpakai sempena program kitar semula bahan itu pada 24 dan 25 Mei lalu.

Yang Dipertuanya Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata program sempena sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat itu melibatkan 135 peserta.

"Jumlah minyak masak terpakai yang dikumpulkan kali ini meningkat sebanyak 246 peratus daripada jumlah kutipan yang diperolehi pada tahun lalu iaitu 110 kilogram.

"Kutipan ini akan dijual semula kepada syarikat pemprosesan untuk dijadikan bahan biodiesel selain lilin untuk cenderahati korporat," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Bulanan MPS di bangunan lama MPS hari ini.

Mohd Yazid seterusnya menyeru masyarakat untuk membudayakan amalan kitar semula dan menjaga kebersihan persekitaran bagi menjamin kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar.

Sebelum ini, MPS melalui Facebook mempelawa orang ramai menyertai program kitar semula minyak masak pada 24 dan 25 Mei di lobi bangunan lama MPS.

100 pengunjung bertuah terdiri daripada guru, jururawat dan golongan ibu yang membawa minyak masak melebihi tiga kilogram pada hari tersebut membawa pulang hadiah saguhati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619