PBT

MBSJ kumpul 110kg minyak terpakai, 602kg lebihan makanan

21 Mac 2024, 6:30 AM
MBSJ kumpul 110kg minyak terpakai, 602kg lebihan makanan

SHAH ALAM, 21 MAC: Sejumlah 110 kilogram (kg) minyak masak terpakai dikutip di empat bazar Ramadan bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) setakat Isnin lalu.

Bahagian komunikasi korporat MBSJ memaklumkan kutipan tertinggi direkod di bazar Ramadan Bandar Kinrara sebanyak 28kg diikuti USJ 4 (29kg), Taman Puncak Jalil (26kg) dan Taman Puchong Prima (17kg).

"Program kutipan minyak masak ini dilaksanakan sepanjang tempoh aktiviti bazar Ramadan pada setiap hari Sabtu mulai 5 petang hingga 7 malam.

"Peniaga yang mengambil bahagian akan diberikan bayaran wang tunai sebanyak RM3/per kg serta diberikan “Jerry Can” secara percuma untuk setiap kutipan minimum 10kg sementara stok masih ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertema 'Kumpul, Jana Dan Dapatkan Wang Tunai', program pengumpulan minyak masak terpakai ini turut mendapat kerjasama Petronas Dagangan Berhad yang menawarkan pertukaran tong gas percuma kepada peniaga pada Isnin, Khamis dan Sabtu.

Selain itu, tong kitar semula minyak masak turut disediakan di tujuh bazar Ramadan lain antaranya di USJ 7, Dataran Puchong Permai, Taman Puchong Indah, Taman Puchong Utama, Bandar Bukit Puchong, Taman Seri Serdang dan Taman Equine.

Sementara itu, sebanyak 602kg lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM14,448 dikumpul setakat Sabtu lalu.

Program yang dimulakan di bazar USJ 4 dengan kerjasama badan bukan kerajaan What A Waste (WaW) turut diperluas di enam lokasi lain tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619