AGENDA

LRT Kelana Jaya: Bas perantara kurangkan sesak, masa menunggu pengguna

11 Nov 2022, 12:08 AM
LRT Kelana Jaya: Bas perantara kurangkan sesak, masa menunggu pengguna

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Penambahan perkhidmatan bas perantara bermula dari 6 pagi semalam membantu mengurangkan kesesakan serta masa menunggu pengguna untuk menaiki bas susulan penutupan 16 stesen tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara Kelana Jaya dan Ampang Park sejak kelmarin.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bas perantara itu merupakan langkah tambahan diambil pihak Rapid KL dan digerakkan di stesen-stesen sepanjang laluan LRT Kelana Jaya bagi membantu mengawal pergerakan serta memberi arah kepada penumpang yang terjejas.

“Sejumlah 107 bas perantara merangkumi lima laluan digunakan hari ini terdiri daripada bas Rapid KL serta bas Smart Selangor dan MARA Liner. Setakat 5.30 petang, situasi di stesen-stesen terkawal, dibantu anggota polis bantuan dan kakitangan Prasarana (Malaysia Bhd) yang ditambah untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan pasukan kejuruteraan pihaknya bersama pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group telah menjalankan ujian bagi menentukan kestabilan sistem.

“Bermula 10 malam semalam (kelmarin) hingga 5 pagi ini (semalam), pihak Rapid Rail menjalankan ujian pergerakan tren LRT Laluan Kelana Jaya antara stesen Ampang Park dan Stesen KLCC. Ujian ini akan dipanjangkan untuk merangkumi keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619