AGENDA

Kekerapan LRT laluan Kelana Jaya kurang tiga minit tahun depan

14 Sep 2023, 4:52 AM
Kekerapan LRT laluan Kelana Jaya kurang tiga minit tahun depan

SHAH ALAM, 14 SEPT: Sasaran kekerapan tren kurang tiga minit pada waktu puncak bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dicapai tahun depan, kata menteri pengangkutan.

Menurut Anthony Loke Siew Fook, kekerapan tren pada waktu puncak ketika ini ialah 3.8 minit selepas pengoperasian tiga tren baharu di laluan berkenaan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata tren tersebut sebahagian daripada perolehan 27 tren baharu bagi LRT laluan Kelana Jaya bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur 27 bernilai RM1.72 bilion.

"Sebanyak 11 tren telah diterima setakat ini (bermula September 2020) dan baki 16 set tren akan diterima secara berperingkat dari bulan ini sehingga Disember 2024.

"Dengan jumlah 44 tren pada waktu puncak ketika ini, kekerapan berkurang kepada 3.8 minit dan tambahan tren lagi tahun hadapan diharap waktu kekerapan kurang tiga minit," katanya.

Loke menambah tambahan tren juga membantu mengurangkan jumlah muatan penumpang kepada 100 peratus dan memberi keselesaan berbanding 125 peratus sebelum ini pada waktu puncak.

Beliau juga yakin usaha tersebut dapat meningkatkan jumlah penumpang kepada 300,000 sehari berbanding 250,000 sekarang selain meminimumkan masalah teknikal yang kerap berlaku.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619