AGENDA

1,614 kes, satu kematian akibat demam denggi minggu lalu

27 Okt 2022, 3:28 AM
1,614 kes, satu kematian akibat demam denggi minggu lalu

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 42/22 meningkat sebanyak 137 kes atau 9.3 peratus kepada 1,614 kes berbanding 1,477 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME 42/22.

"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 48,109 kes berbanding 21,308 kes bagi tempoh sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 26,801 kes (125.8 peratus)," katanya.

Dr Noor Hisham berkata 29 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 16 kematian bagi tempoh yang sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian (81.3 peratus).

Menurutnya, sebanyak 51 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME 42/22 berbanding 53 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata 39 daripada lokaliti berkenaan berada di Selangor, Sabah (11), Kuala Lumpur dan Putrajaya (lapan) dan masing-masing satu lokaliti hotspot di Kedah serta Melaka.

"Keadaan hujan diselang-seli dengan cuaca panas yang berlaku di negara kita mutakhir ini merupakan keadaan yang amat kondusif untuk nyamuk Aedes membiak," katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dan musnahkan tempat berpotensi pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

Mengenai chikungunya, Dr Noor Hisham berkata survelan merekodkan tujuh kes pada minggu ME 42/22 dengan tiga kes dari Pulau Pinang, dua di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan masing-masing satu kes dari Selangor serta Melaka.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 669 kes,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619