AGENDA

Kes sembuh Covid-19 mengatasi jangkitan baharu semalam

16 Mac 2022, 3:48 AM
Kes sembuh Covid-19 mengatasi jangkitan baharu semalam

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Kes sembuh harian Covid-19 sebanyak 31,234 kes yang dilaporkan semalam mengatasi kes baharu 26,534 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr Noor Hisham daripada jumlah keseluruhan 26,534 kes positif Covid-19 yang dicatatkan semalam, 99.34 peratus atau 26,358 kes merupakan kategori satu dan dua.

Sebanyak 10,516 kes atau 39.63 peratus daripada kes Covid-19 yang dicatatkan semalam adalah dalam kategori satu sementara 15,842 kes atau 59.71 peratus dalam kategori dua," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 176 kes yang dicatatkan semalam atau 0.66 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

Beliau berkata sebanyak 65 kes atau 0.24 peratus masing-masing dalam kategori tiga dan empat sementara 46 kes atau 0.18 peratus dalam kategori lima.

Katanya kadar kebolehjangkitan (Rt) yang dicatatkan bagi seluruh negara semalam ialah 0.95, menurun sedikit berbanding 0.96 pada Isnin.

Merujuk kepada peratus penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) beliau berkata tidak ada negeri yang mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Bagi katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) Dr Noor Hisham berkata tujuh negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Tujuh negeri tersebut ialah Kuala Lumpur (81 peratus), Putrajaya (67 peratus), Johor (64 peratus), Selangor (60 peratus), Kelantan (58), Perlis (55 peratus) dan Melaka (50).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619