ADN

Najwan: Flat PKNS perlu nafas baharu, bukan baik pulih sementara

8 Sep 2022, 2:31 AM
Najwan: Flat PKNS perlu nafas baharu, bukan baik pulih sementara
Najwan: Flat PKNS perlu nafas baharu, bukan baik pulih sementara

SHAH ALAM, 8 SEPT: Flat PKNS di Seksyen 16 di sini perlu diberi nafas baharu secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar baik pulih sementara, kata wakil rakyat Kota Anggerik.

Menurut Najwan Halimi, kedudukan pangsapuri berkenaan di tengah-tengah bandar raya Shah Alam menyebabkan ia perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri.

“Sudah tiba masanya Kerajaan Selangor tidak hanya memberi fokus kepada projek perumahan baharu, tetapi melupakan projek perumahan lama sedia ada.

[caption id="attachment_539026" align="alignright" width="366"] Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halim bercakap kepada media selepas program sumbangan juadah berbuka kepada anak-anak yatim oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Chef Ammar di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Selain itu, saya juga berharap kita mempunyai pelan tindakan secara jangka masa panjang dengan mengambil contoh Singapura dalam menguruskan projek perumahan rakyat mereka,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada program bual bicara secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV kelmarin.

Najwan ketika membahaskan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor Ogos lalu mencadangkan pembangunan semula flat itu dimasukkan dalam pelan berkenaan.

Beliau turut memuji pelaksanaan rancangan lima tahun itu, yang disifatkan wajar dijadikan contoh kepada semua negeri termasuk kerajaan persekutuan dalam merencana pelan pembangunan.

RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619