AGENDA

MBSA: Baik pulih bumbung, saliran Blok 48, Flat PKNS siap bulan depan

4 Apr 2022, 1:59 AM
MBSA: Baik pulih bumbung, saliran Blok 48, Flat PKNS siap bulan depan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Kerosakan bumbung dan sistem saliran di Blok 48, Flat PKNS di Seksyen 7 di sini sedang dibaik pulih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dijangka siap bulan hadapan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik berkata beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan MBSA yang membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Alhamdulillah, setelah lebih dari setahun saya turun meninjau permasalahan bumbung.. dan kemudiannya bawa Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari turun melawat pada 14 Mac 2021, kini kerja-kerja pembaikan telah pun dimulakan oleh pihak MBSA dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak MBSA yang membantu menyelesaikan masalah kerosakan bumbung yang telah sekian lama dihadapi oleh penduduk di Blok 48 ini," kata Najwan Halimi di Facebook.

Sementara itu berdasarkan perkongsian gambar, status projek pembaikan itu bermula sejak 15 Mac lalu dan dijangka siap pada 9 Mei 2022.

Najwan juga turut berkongsi tangkap layar bertarikh 26 Januari 2021 ketika beliau meninjau kerosakan berkenaan bersama penduduk serta gambar Dato' Menteri Besar mengadakan tinjauan di lokasi yang sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619