AGENDA

Lebih 160,000 kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

12 Apr 2022, 1:02 AM
Lebih 160,000 kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,933,049 individu atau 67.7 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,957,974 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 46,823 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 32,183 sebagai dos kedua, 10,180 sebagai dos penggalak dan 4,460 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 19 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Malaysia semalam, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu empat kes, diikuti Johor, Kedah, Pahang, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur dengan masing-masing dua kes.

Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619