AGENDA

33,621 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

6 Apr 2022, 2:31 AM
33,621 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Sebanyak 33,621 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sejumlah 1,353,774 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.1 peratus daripada populasi berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara bagi populasi dewasa, seramai 15,876,357 individu atau 67.5 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,954,326 individu atau 97.6 peratus telah lengkap vaskinasi, dan 23,231,749 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,854,230 individu atau 91.7 peratus telah lengkap divaksinasi dan 2,950,267 individu atau 94.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,807 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 2,501 dos pertama, 8,670 dos kedua dan 11,636 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,042,067.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 33 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lapan kematian.

Ini diikuti Perak dengan enam kes, Kedah (empat) dan tiga kematian di Sarawak.

Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing, satu kes kematian.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619