AGENDA

JKM, Pertubuhan Sukarela Kebajikan bincang isu OKU

26 Feb 2022, 3:59 AM
JKM, Pertubuhan Sukarela Kebajikan bincang isu OKU

PUTRAJAYA, 26 FEB: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada golongan itu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi kenyataan memaklumkan objektif sesi libat urus itu ialah memberi penerangan berkaitan penambahbaikan perkhidmatan OKU dan pelaksanaan program rintis bayaran bantuan kewangan tanpa tunai atau dikenali sebagai JKMPay.

"Perbincangan banyak menyentuh mengenai JKMPay. Penjelasan mengenai siapa yang terlibat dalam program JKMPay, bagaimana ia dilaksanakan dan apakah perkhidmatan yang disediakan di bawah JKMPay telah dijelaskan secara terperinci," menurut kenyataan itu.

KPWKM menjelaskan JKM akan terus memantapkan proses pendigitalan penyampaian perkhidmatan awam selari dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) di bawah Pemangkin Dasar Empat, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu mempercepat penyampaian perkhidmatan awam supaya keberhasilan perkhidmatan dapat memberikan kesejahteraan rakyat seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

Menurut kenyataan itu, KPWKM juga mengambil maklum isu-isu berbangkit kumpulan sasar kementerian dengan menggunakan pendekatan ‘Whole of Government’ dan ‘Whole of Nation’ supaya penggemblengan tenaga pelbagai pihak seperti PSK, agensi, korporat, pemimpin tempatan dan komuniti dimanfaatkan bagi menjayakan program khususnya penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619