AGENDA

Dr Wan Azizah sampai sumbangan kepada pemuda OKU hidap pelbagai penyakit

7 Jan 2024, 7:38 AM
Dr Wan Azizah sampai sumbangan kepada pemuda OKU hidap pelbagai penyakit

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Nor Aliff Mohd Nor, yang menghidap pelbagai penyakit di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras di sini.

Selain cacat fizikal, Nor Alif, 37, juga menghidap penyakit jantung, kencing manis, gout dan lumpuh separuh badan, menetap bersama dua adik-beradik lain yang berusia 14 dan 16 tahun setelah kematian ibu bapa mereka.

Wan Azizah berkata banyak perkara yang perlu dibantu dan difahamkan Nor Aliff juga ada berhutang dengan hospital yang menyebabkan rawatannya perlu dihentikan.

"Jadi, kita sedang usahakan untuk menyambung semula rawatannya itu. Kita juga akan bagi bantuan makanan untuk adik-adiknya selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan mereka,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas menyantuni pemuda berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan wang tunai dan bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain bantuan daripada Tabung Kebajikan serta Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah turut mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat korporat yang prihatin untuk terus menyumbang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619