AGENDA

110,264 OKU berdaftar di Selangor, JKM seru tingkatkan pendaftaran

3 Dis 2022, 10:11 AM
110,264 OKU berdaftar di Selangor, JKM seru tingkatkan pendaftaran

SHAH ALAM, 3 DIS: Seramai 110,264 orang kurang upaya (OKU) berdaftar di Selangor sehingga kini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Dr Zaitol Salleh berkata jumlah itu adalah 1.59 peratus daripada 6.9 juta penduduk Selangor.

"Kesedaran masyarakat masih perlu ditingkatkan terutama berkaitan pendaftaran OKU dan keistimewaan yang boleh dinikmati golongan ini sekiranya mereka berdaftar dengan JKM.

"Antara keistimewaan yang mereka boleh nikmati adalah pengecualian bayaran dokumen perjalanan antarabangsa, diskaun pengangkutan awam, pengecualian bayaran kesihatan kerajaan dan bantuan JKM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari OKU peringkat Selangor yang dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Dr Zaitol berkata pihaknya menyeru masyarakat yang mempunyai ahli keluarga OKU untuk membantu daftarkan individu terbabit dengan segera bagi tujuan menerima pelbagai manfaat.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619