ADN

100 keluarga asnaf DUN Ijok terima bakul makanan

22 Nov 2021, 2:57 AM
100 keluarga asnaf DUN Ijok terima bakul makanan

SHAH ALAM, 22 NOV: Seramai 100 keluarga asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok menerima bakul makanan awal bulan ini.

Wakil rakyat Dr Idris Ahmad berkata inisiatif dijalankan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Al-Aman sebagai langkah meringankan kos perbelanjaan golongan itu.

"Bakul mengandungi makanan asas seperti minyak, beras, gula dan biskut selain ayam, bawang dan kentang yang dianggarkan bernilai hampir RM200 setiap satunya.

"Kita tidak mahu ada penduduk yang terputus bekalan makanan dan terpaksa menahan lapar justeru bantuan akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Dr Idris berkata semua penerima dikenal pasti oleh ketua kampung atau pengurusan masjid bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

Pada 23 Ogos, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan semua wakil rakyat untuk turun padang mengesan penduduk yang memerlukan bantuan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah golongan ini perlu sentiasa dicari, bukan hanya ketika ingin mendapatkan undi sewaktu pilihan raya sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619