ADN

Cikgu Amidi fokus bina lebih banyak kemudahan riadah

6 Ogos 2023, 9:55 AM
Cikgu Amidi fokus bina lebih banyak kemudahan riadah

OLEH JULIANA JOHAR

KUALA SELANGOR, 6 OGOS: Lebih banyak kemudahan akan dibangunkan untuk golongan belia oleh calon Ijok, Amidi Abdul Manan atau lebih mesra disapa Cikgu Amidi sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN).

Menurut Cikgu Amidi antara kemudahan yang akan dibina adalah gelanggang futsal serta dewan dan taman rekreasi untuk beriadah.

“Menerusi program kempen yang dijalankan, ada beberapa permintaan daripada anak muda yang mahukan gelanggang futsal berlampu agar mereka boleh bermain pada waktu malam. Insya-Allah, kita akan cuba menyantuni permintaan ini.

“Selain itu, Ijok juga perlu diperbanyakkan lagi dewan serbaguna dan taman rekreasi untuk jalankan pelbagai aktiviti sukan dan riadah,” katanya ketika ditemui pada majlis program Liga Sukan Komuniti Daerah Kuala Selangor di Dewan Rafulin, Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, di sini.

Dalam PRN yang berlangsung 12 Ogos, Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas. Kerusi Ijok dimenangi KEADILAN sejak 2008.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619