ADN

Cikgu Amidi cadang anjur program pendidikan kekeluargaan

9 Ogos 2023, 1:00 AM
Cikgu Amidi cadang anjur program pendidikan kekeluargaan

KUALA SELANGOR, 9 OGOS: Calon kerusi Ijok Amidi Abdul Manan bercadang menganjurkan program pendidikan kekeluargaan bagi membantu ibu bapa khususnya golongan muda mendapat panduan dan kemahiran keibubapaan.

Mesra dengan panggilan Cikgu Amidi, beliau mahu memanfaatkan pengalaman sebagai dekan hal ehwal pelajar di Universiti Selangor (Unisel) untuk membantu masyarakat membina sistem keluarga lebih baik.

Katanya, sebagai individu yang dekat dengan pelajar, beliau melihat kebanyakan gejala sosial yang timbul itu bermula daripada rumah iaitu keluarga.

"Oleh demikian, untuk menyelesaikan masalah ini perlu memperbaiki sistem keluarga terlebih dahulu. Jika tidak akan memberi kesan lebih buruk.

"Sebagai permulaan, jika diberi mandat saya akan memulakan program ini dengan bekerjasama dengan Unisel," katanya ditemui SelangorKini.

Pada masa sama, Amidi menjelaskan setakat ini sokongan diterima daripada penduduk amat baik dan merentasi pelbagai kaum.

"Alhamdulillah, berbaki beberapa hari berkempen hampir semua lokaliti telah dilawati dan hasilnya penduduk hanya mahukan kestabilan politik dalam membangunkan negara khususnya Selangor.

"Selain itu, kempen berjalan dengan lancar dan gandingan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) amat baik," katanya.

Dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos, Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas. Kerusi Ijok dimenangi KEADILAN sejak 2008.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619