Padah benarkan orang lain guna akaun bank, operator kilang didenda RM10,000

27 Feb 2026, 6:38 AM
Padah benarkan orang lain guna akaun bank, operator kilang didenda RM10,000

KUANTAN, 27 FEB: Seorang operator kilang didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan orang lain menggunakan akaun bank miliknya, Mac tahun lepas.

Hakim Sazlina Safie juga memerintahkan Chong Chin Jong, 33, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Chong yang masih bujang didakwa membenarkan orang lain mempunyai kawalan terhadap akaun banknya di sebuah rumah di Lorong Seri Teruntum 21, di sini pada 10.15 malam 12 Mac hingga 10.42 pagi 13 Mac 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Izzati Wan Mohammad Zahari manakala Chong diwakili peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi.

Berdasarkan fakta kes, seorang individu telah melakukan dua transaksi pemindahan wang ke akaun Chong berjumlah RM195,000 pada 12 dan 13 Mac 2025 selepas berminat menyertai pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Individu itu kemudiannya menyedari ditipu selepas dipujuk untuk menambah pelaburan dan diberikan pelbagai alasan semasa mahu mendapatkan semula wangnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619