Kegiatan agama, pembinaan rumah ibadat wajib ikut peraturan - Anwar

19 Feb 2026, 2:59 AM
Kegiatan agama, pembinaan rumah ibadat wajib ikut peraturan - Anwar

PUTRAJAYA, 19 FEB: Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan Negara.

“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 12 Feb, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619