Orang ramai mahu sistem DRG dikaji teliti, elak kos rawatan hospital swasta membebankan

9 Feb 2026, 9:45 AM
Orang ramai mahu sistem DRG dikaji teliti, elak kos rawatan hospital swasta membebankan
Orang ramai mahu sistem DRG dikaji teliti, elak kos rawatan hospital swasta membebankan

SHAH ALAM, 9 FEB: Orang ramai menyeru kerajaan mengkaji sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) dengan teliti supaya kos rawatan di hospital swasta lebih adil dan mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.

Siti Sariah, 45, meluahkan kebimbangan mengenai kos rawatan di hospital swasta yang dianggap tinggi dan membebankan namun berharap sistem yang dibangunkan kerajaan itu membantu.

Siti Sariah, 45,

“Hospital kerajaan menjadi pilihan utama, tetapi kesesakan kadangkala memaksa beralih ke hospital swasta. Untuk masa sekarang, kos rawatan hospital swasta terlalu berat untuk kita yang berpendapatan biasa.

”Sistem DRG perlu dikaji dengan teliti supaya ia benar-benar adil dan sesuai untuk setiap jenis penyakit,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Muhammad Muaz, 20, menyokong penyeragaman caj hospital swasta bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan memberi lebih pilihan kepada rakyat.

Muhammad Muaz, 20,

“Buat masa ini, hospital kerajaan lebih berbaloi dan mampu milik, manakala rawatan swasta hanya digunakan jika perlu. Kalau kos rawatan diseragamkan, kita boleh merancang kewangan lebih awal dan tidak terbeban jika terpaksa ke hospital swasta. Sistem DRG ini juga adil sebab pesakit boleh tahu anggaran kos sebelum rawatan,” katanya.

Muhammad Nazhar, 23

Sementara itu, Muhammad Nazhar, 23, menekankan aspek kualiti perkhidmatan yang menurutnya, hospital swasta lebih efisien dan memberi layanan lebih baik walaupun kosnya tinggi.

“DRG bagus kerana kos rawatan jelas mengikut jenis penyakit.” katanya.

Kementerian Kesihatan kini berada pada peringkat pengumpulan data bagi membangunkan mekanisme pembayaran rawatan berasaskan data menerusi pelaksanaan sistem DRG.

Sistem berkenaan dilaksana secara berfasa bermula dengan kategori diagnosis tidak kompleks, bagi mempertingkat kecekapan serta ketelusan kos rawatan di sektor tersebut.

Langkah ini bertujuan meningkatkan ketelusan kos, membolehkan pesakit merancang kewangan dengan lebih baik, serta memastikan rawatan lebih saksama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619