Sumbangan Asas Rahmah, kes penipuan jual beli antara isu dibahas Dewan Rakyat

5 Feb 2026, 12:18 AM
Sumbangan Asas Rahmah, kes penipuan jual beli antara isu dibahas Dewan Rakyat
Sumbangan Asas Rahmah, kes penipuan jual beli antara isu dibahas Dewan Rakyat
Sumbangan Asas Rahmah, kes penipuan jual beli antara isu dibahas Dewan Rakyat
Sumbangan Asas Rahmah, kes penipuan jual beli antara isu dibahas Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Jumlah transaksi yang dijana menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan transaksi jual beli dan inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial antara isu yang bakal dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025, serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dr Zaliha juga ingin tahu status baki bantuan tidak dibelanjakan penerima hingga tarikh luput 31 Disember 2025 dan pelan penambahbaikan sistem bagi 2026.

Dalam sesi sama, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jaminan kerajaan bahawa penempatan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah kementerian itu tidak akan menjejaskan kepentingan, kebajikan serta keberkesanan pelaksanaan agenda berkaitan kaum India.

Sementara itu, V Ganabatirau (PH-Klang) bertanyakan kepada Menteri Perpaduan Negara sama ada kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme atau badan penyelarasan pada peringkat nasional bagi mengurus dan menyelaras hal ehwal agama selain Islam, khususnya berkaitan isu tadbir urus rumah ibadat, pematuhan undang-undang, mediasi konflik komuniti dan keharmonian antara agama.

Pada sesi soal jawab, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tentang jumlah kes penipuan melibatkan transaksi jual beli yang dilaporkan sejak 2023 hingga kini, dan jumlah kes yang dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh itu serta jenis hukuman dikenakan.

Turut tersenarai ialah soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) kepada Menteri Sumber Manusia berhubung inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial kepada pekerja termasuk golongan pekerja gig, kontrak dan separuh masa yang masih terpinggir.

Usai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619