Sumbangan Asas Rahmah bulanan dikreditkan hari ini

1 Mac 2026, 3:34 PM
Sumbangan Asas Rahmah bulanan dikreditkan hari ini
Sumbangan Asas Rahmah bulanan dikreditkan hari ini

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Instagram memaklumkan jumlah bantuan bagi kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah RM100 bagi setiap isi rumah manakala RM50 bagi warga emas dan bujang.

Bagi kategori penerima STR dan eKasih, bantuan dikreditkan RM200 untuk isi rumah, manakala warga emas (RM150) dan bujang (RM100).

Menurut laman web rasmi sara.gov.my, penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SARA merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup tinggi dan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619