SJAM berhasil: Tiada henti tugas loji air di Selangor sepanjang 2025 - MB

3 Jan 2026, 4:00 AM
SJAM berhasil: Tiada henti tugas loji air di Selangor sepanjang 2025 - MB
SJAM berhasil: Tiada henti tugas loji air di Selangor sepanjang 2025 - MB
SJAM berhasil: Tiada henti tugas loji air di Selangor sepanjang 2025 - MB
SJAM berhasil: Tiada henti tugas loji air di Selangor sepanjang 2025 - MB

SHAH ALAM, 3 JAN: Selangor terus mencatat kejayaan dalam pengurusan bekalan air apabila tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) dilaporkan sepanjang 2025, hasil pelaksanaan berkesan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang dimulakan sejak 2021.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri memastikan bekalan air bersih dan stabil kepada rakyat meskipun berdepan risiko pencemaran sumber air mentah.

“Tiada henti tugas LRA akibat pencemaran hasil pemantauan rapi, penguatkuasaan berterusan serta tindakan pantas yang dilaksanakan.

“Alhamdulillah, kejayaan sepanjang 2025 ini membuktikan iltizam Kerajaan Negeri mengurus Selangor secara berhemah, stabil dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam temu bual bersama Media Selangor pada Ogos lalu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Dato’ Johary Anuar berkata SJAM Fasa 1 yang siap sepenuhnya pada Mei tahun lalu berjaya mengelakkan gangguan bekalan air dalam tiga insiden pencemaran.

Menurutnya, pencemaran yang dikesan pada 5 Julai, 15 Julai dan 28 Julai berjaya ditangani susulan kesiapsiagaan empat pakej skim SJAM.

“Keupayaan menangani insiden pencemaran ini memastikan pengguna tidak terkesan dan terus menerima bekalan air bersih tanpa gangguan,” katanya.

Beliau menambah kejayaan itu selari dengan sasaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menjamin bekalan air 24 jam kepada penduduk, sekali gus membuktikan kecekapan sistem pengurusan air negeri walaupun berdepan cabaran pencemaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619