Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan

28 Dis 2025, 11:09 AM
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan

ISTANBUL, 28 DIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu menyifatkan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai “langkah positif” ke arah mencapai keamanan berkekalan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, beliau mengalu-alukan perjanjian terbabit sebagai “langkah positif ke arah mengurangkan penderitaan orang awam, menamatkan permusuhan semasa dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mencapai keamanan berkekalan.”

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Asean Malaysia, China dan Amerika Syarikat atas “usaha mereka menyokong penyelesaian secara aman terhadap situasi berkenaan.”

PBB bersedia menyokong usaha yang bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, kata Guterres.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619