514 sekolah ditutup akibat konflik sempadan Kemboja–Thailand

10 Dis 2025, 6:27 AM
514 sekolah ditutup akibat konflik sempadan Kemboja–Thailand

PHNOM PENH, 10 DIS: Kemboja pada Selasa memaklumkan bahawa sebanyak 514 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.

“Setakat 9 Dis 2025, sebanyak 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan.

Wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey, menurut kenyataan itu.

Konflik sempadan Cambodia-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad.

Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja Leftenan Jeneral Maly Socheata, berkata pada Selasa bahawa tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik itu.

Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga Kemboja melibatkan 54,550 orang telah meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan selamat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619