MB teruskan program turun padang, guna SARA salur barangan asas kepada penduduk

27 Dis 2025, 5:59 AM
MB teruskan program turun padang, guna SARA salur barangan asas kepada penduduk
MB teruskan program turun padang, guna SARA salur barangan asas kepada penduduk
MB teruskan program turun padang, guna SARA salur barangan asas kepada penduduk

GOMBAK, 27 DIS: Dato’ Menteri Besar meneruskan program turun padang di sekitar Parlimen Gombak pagi tadi bagi meninjau secara langsung isu kos sara hidup, menyantuni masyarakat setempat serta memantau pelaksanaan projek pembangunan di kawasan itu.

Lawatan Dato’ Seri Amirudin Shari dimulakan dengan sesi beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Tani Taman Melawati, termasuk edaran kalendar 2026 dan sarapan pagi di Mail Mee Rebu selama 20 minit yang turut membuka ruang komunikasi dua hala antara rakyat dan kepimpinan negeri.

Seterusnya, beliau mengadakan lawatan ke cawangan ke-16 Ehsan Mart baharu di Taman Melawati, bagi meninjau operasi pasar raya komuniti yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Dalam lawatan itu, Amirudin turut menggunakan kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) beliau untuk membeli barangan asas yang kemudian disalurkan kepada golongan memerlukan di Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar di hadapan Ehsan Mart sempena pembukaan pasar raya itu di Taman Melawati, Gombak pada 27 Disember 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Program kemudiannya diteruskan dengan tinjauan projek pembangunan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Parlimen Gombak di Padang AU3, Taman Keramat.

Sebagai simbolik pemantauan pelaksanaan projek, beliau menurunkan tandatangan pada papan tanda projek dan menyampaikan sumbangan peralatan jaring gol bola sepak untuk kegunaan komuniti setempat, sekali gus memberi impak positif kepada aktiviti sukan komuniti.

Bantuan SARA berjumlah RM100 secara sekali beri mula disalurkan 31 Ogos melalui MyKad, memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan RM2 bilion.

Ia diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 dan boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.

Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyantuni peniaga di Pasar Tani Taman Melawati, Gombak pada 27 Disember 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619