Pencungkil Gigi Penyair

27 Dis 2025, 5:28 AM
Pencungkil Gigi Penyair

nasib terbaik pokok ialah

mati beragan, nasib sejarum kayu

ini jadi kayu cungkil

gigi penyair saduran

meneroka lembah basah kata-kata

antara celahan geraham

kacip dan taringan, mungkinkah

mata kayu temui lombong baru

sajak baru kedalaman baru

atau cebisan sisamakan

segala yang enak di lidah

takdirnya jadi bau

tak menyenangkan?

kayu cungkil ini, tombak berontak

membebaskan banduan dari jeriji putih

mulut si penyair mabuk ingin waras kembali

terloncatlah keluar ketulan kata, betapa hodoh

dan tertanya-tanya mengapa

tidak ia terbit sebagai hikmah atau doa?

usah lagi berhujah soal peribadi

kerana penyair yang lembut gigi

lidahnya ingin bebas tanpa kemudi.

Shafiq Said

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619