Melukis Harimau Menjadi Kucing

15 Mac 2026, 12:30 AM
Melukis Harimau Menjadi Kucing

Oleh Jelison Jupin

Ilustrasi Muizzah

Kali ini kau melukis harimau menjadi kucing

berlari di atas angin.

Mungkin tak lagi kautemui jejaknya di kota ini

atau setidaknya terdengar ngaum di pinggir desa?

Kau seolah mewarnakan semula masa sudah sebelum masa depan.

Di atas kanvasmu, kutemui sejalur bayang sengaja kaupadam

pada sebatang denai ditakutkan.

Kau mahu mata menyala bukan cuma pada belang

juga sebanyak bintik yang dititikkan pada suara yang penuh di rumah.

Kukira tiada siapa ingin merubahnya lagi

meskipun kauminta:

ia negeri,

kepada mimpi yang kecil

ia negara,

kepada warna

yang ramah.

Batu 6, Paitan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619