Palit Merah Jambu

1 Mac 2026, 12:30 AM
Palit Merah Jambu

fikirannya berputar-putar

seperti mesin basuh

dan doanya umpama detergen

yang dicurahkan berlebihan

untuk menanggalkan

bekas bibir liar yang tercalit

pada kolar biru kekasihnya

setelah kesekian kali dibilas

dengan air mata keruhnya,

palit merah jambu itu

masih lagi degil melekat.

fikirannya terpaksa memanjat

ke ampaian takdir

untuk belajar menyidai pasrah

di bawah cuaca

yang selalu berpura-pura cerah.

Chua Vui Kiong

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619