Suspek kes bunuh Suri Narudin didakwa esok di Mahkamah Majistret Tampin

25 Dis 2025, 8:06 AM
Suspek kes bunuh Suri Narudin didakwa esok di Mahkamah Majistret Tampin
Suspek kes bunuh Suri Narudin didakwa esok di Mahkamah Majistret Tampin

SEREMBAN, 25 DIS: Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Disember lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa.

“Seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lalu.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619