Selangor kekalkan larangan bawa haiwan ke pusat beli-belah - EXCO

17 Dis 2025, 12:00 PM
Selangor kekalkan larangan bawa haiwan ke pusat beli-belah - EXCO
Selangor kekalkan larangan bawa haiwan ke pusat beli-belah - EXCO

SHAH ALAM, 17 DIS: Tiada pusat beli-belah di Selangor yang dibenarkan menerima pengunjung bersama haiwan peliharaan, tegas EXCO Pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim berkata, larangan itu kekal berkuat kuasa sementara Kerajaan Negeri meneliti semula garis panduan sedia ada bagi memastikan ia sejajar dengan sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

“Selangor sebagai negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah yang melibatkan polisi tertentu perlu diteliti, bukannya seperti sesetengah negara mesra haiwan.

“Berdasarkan kebudayaan kita yang pelbagai kaum, kita perlu teliti dahulu sama ada ia boleh diguna pakai di pusat beli-belah. Boleh dibincang tetapi tiada penyelesaian kerana perkara ini ada kebaikan dan keburukan.

“Setakat ini, tiada pusat beli-belah dibenarkan (pengunjung) bawa haiwan dan larangan itu kekal walaupun ada pihak yang melanggarnya. Kita akan bincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi pembersihan besar-besaran yang dilaksana KDEB Waste Management (KDEBWM) di Jalan Kristal Seksyen 7 di sini, hari ini.

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah pusat beli-belah baharu di Kuala Lumpur yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan ke dalam premis tersebut.

Premis itu dilapor menjadi pusat beli-belah pertama di ibu negara yang memperkenalkan dasar “mesra haiwan peliharaan”.

Bagaimanapun tindakan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam kerana anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619