Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak di pusat beli-belah

1 Mac 2026, 2:30 PM
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak di pusat beli-belah

GEORGE TOWN, 1 MAC: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes lelaki diserang dan ditetak dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dua lelaki masing-masing berusia 20-an itu ditahan di sini hari ini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Secara keseluruhannya sehingga kini enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan menahan empat suspek berusia 29 hingga 40 tahun, yang masing-masing kini direman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.

Rabu lepas, seorang lelaki parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah, sebelum suspek melarikan diri menaiki motosikal.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619