Angka kematian tanah runtuh di Cilacap, Indonesia meningkat kepada 11

16 Nov 2025, 4:07 AM

JAKARTA, 16 NOV: Pasukan penyelamat di Jawa Tengah menemukan tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di daerah Cilacap pada hari ketiga operasi pencarian, meningkatkan jumlah kematian yang disahkan kepada 11, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pada Sabtu.

Dua lagi bahagian mayat dikenal pasti milik seorang mangsa, susulan penemuan tiga mayat sebelum ini sejak dua hari lalu.

“Sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi di kawasan rumah yang musnah dan jalan yang terhalang,” kata Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan dalam kenyataan.

Operasi pada Sabtu di kampung Cibeunying, daerah Majenang, melibatkan 520 anggota SAR gabungan, disokong oleh 19 ekor anjing pengesan dan 12 jengkaut.

“Ketinggian timbunan runtuhan berbeza antara dua hingga lapan meter, menjadikan pencarian secara cepat mustahil menggunakan peralatan asas,” tambah Budi.

Cuaca kekal sebagai faktor utama, dengan hujan sederhana hingga lebat diramalkan di daerah Majenang hingga Ahad, yang boleh menjejaskan operasi pencarian yang ditamatkan pada 4 petang pada hari ketiga itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619