Perluas program kitar semula, tambah 100 mesin pintar seluruh negeri

14 Nov 2025, 10:29 AM
Perluas program kitar semula, tambah 100 mesin pintar seluruh negeri
Perluas program kitar semula, tambah 100 mesin pintar seluruh negeri
Perluas program kitar semula, tambah 100 mesin pintar seluruh negeri
Perluas program kitar semula, tambah 100 mesin pintar seluruh negeri

SHAH ALAM, 14 NOV: Program kitar semula SELKitar yang diterajui KDEB Waste Management (KDEBWM) terus diperluas dengan penambahan 100 unit mesin kitar semula pintar (RVM) di seluruh negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kemudahan yang beroperasi 24 jam itu ditempatkan di kawasan awam bagi memudahkan rakyat mengitar semula barangan terpakai termasuk minyak masak, sekali gus memberikan ganjaran kepada rakyat.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Program tersebut, yang dijalankan melalui kerjasama KDEBWM dan Nestlé, mencatat perkembangan positif apabila 122.2 tan bahan buangan elektronik berjaya dikumpulkan sehingga September tahun ini

"Ke hadapan, KDEBWM akan mengembangkan usaha kitar semula SELKitar dengan 100 unit RVM di seluruh negeri,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato' Ramli Mohd Tahir (tiga kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Juan Aranols (tiga kanan) pada Majlis Menandatangani Usahasama antara Nestle Malaysia dan KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 22 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Pada April lalu, Kerajaan Negeri melalui KDEBWM memeterai kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi memperkasa kitar semula menerusi kutipan dari rumah ke rumah.

Menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu, Dato’ Seri Amirudin berkata kerjasama strategik ini adalah prapermulaan kepada inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam pembentangan belanjawan sebelum ini.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, kerjasama strategik itu sejajar dengan apa yang digariskan dalam Belanjawan 2025 untuk mengurangkan sisa di kawasan pihak berkuasa tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tapak kambus tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619