Selangor perkenal projek rintis galak majikan buka taska

9 Okt 2025, 9:31 AM
Selangor perkenal projek rintis galak majikan buka taska
Selangor perkenal projek rintis galak majikan buka taska
Selangor perkenal projek rintis galak majikan buka taska

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Selangor akan memperkenal projek rintis pembukaan taska dalam usaha menggalakkan penggiat industri atau syarikat swasta mewujudkan kemudahan itu di premis masing-masing.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata projek di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu kini di peringkat perbincangan terperinci.

“Tahun lalu bawa usul berkaitan projek ini dengan memfokuskan di kawasan populasi kanak-kanak yang tinggi antaranya Petaling dan Gombak.

“Selangor berhasrat menjadi contoh kepada penggiat industri dan syarikat swasta dalam menyediakan pusat jagaan dalam rumah atau ruang khas dalam radius satu kilometer untuk anak-anak kakitangan,” katanya.

Beliau ditemui ketika sesi dialog Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Peserta Sesi Dialog Bersama YB Anfal Saari ketika majlis perasmianSidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 09 Oktober 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pada sesi dialog tersebut, Anfaal mencadangkan supaya operator taska diberikan diberikan subsidi tambahan bagi mengurangkan beban penggiat pusat jagaan.

“Kita sedar cabaran dihadapi operator yang mana jika hendak naikkan yuran tidak mampu dan akibatnya pekerja lari sedangkan karier dalam industri ekonomi penjagaan berpotensi besar.

“Sebab itu, kita cadang kerajaan wujudkan subsidi tambahan yang lebih kreatif kepada operator taska supaya kurangkan beban mereka,” ujarnya.

Suasana Pavilion Selangor Care pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 09 Oktober 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

SIBS berlangsung selama empat hari sejak semalam menawarkan lebih 700 reruai kepada pemain industri sama ada dalam kalangan tempatan atau antarabangsa.

Sidang tahunan yang dianjur sejak 2015 memperkenalkan dua acara baharu iaitu Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor dan Sidang Kemuncak Aeroangkasa Selangor (SAS), yang sebelum ini dikenali Pameran Udara Selangor.

Tahun lalu, SIBS yang julung kali diadakan secara dua siri iaitu pada Julai dan Oktober, merekodkan nilai transaksi RM13.86 bilion. Pencapaian membanggakan itu melebihi sekali ganda dari 2023 yang memperoleh RM6.12 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619