JKM sita dua taska tular di Selangor, kanak-kanak diserah kepada keluarga

22 Jan 2026, 3:07 PM
JKM sita dua taska tular di Selangor, kanak-kanak diserah kepada keluarga

SHAH ALAM, 22 JAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor menyita dua daripada tiga cawangan taska yang tular berhubung isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata tindakan sita melibatkan cawangan taska di Seksyen 3 dan Kota Kemuning, selepas kanak-kanak terlibat diserahkan semula kepada keluarga masing-masing, lapor Kosmo!.

“Ya, betul telah disita. Kita selesaikan anak-anak ini pulang kepada keluarga dan kita ambil tindakan penguatkuasaan (LAK).

“Dua telah selesai iaitu di Seksyen 3 dan Kota Kemuning,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiga pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi di Shah Alam dan Prima Puchong yang tular susulan dakwaan pengabaian dan penderaan didapati tidak berdaftar sebagai operator taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Pemeriksaan turut mendapati premis pusat jagaan berkenaan berada dalam keadaan tidak memuaskan, tidak kondusif serta gagal memenuhi ciri keselamatan yang sepatutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan polis menerima tiga laporan berkaitan kes tersebut, termasuk daripada ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak autistik berusia 11 tahun yang didakwa dikurung di sebuah taska swasta di daerah ini telah dihantar ke premis berkenaan sejak enam tahun lalu.

“Kita juga telah merakam percakapan pempengaruh media sosial, Caprice, bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619