Angka kematian runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37

6 Okt 2025, 3:52 AM
Angka kematian runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37
Angka kematian runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37
Angka kematian runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37

JAKARTA, 6 OKT: Angka korban akibat runtuhan bangunan sekolah pondok di wilayah Jawa Timur, Indonesia meningkat kepada 37 orang, lapor Xinhua pada Ahad memetik pihak berkuasa penyelamat wilayah berkenaan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Nanang Sigit, dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu berkata kerja-kerja penggalian menghadapi kesukaran kerana mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kira-kira 25 lagi dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.

Sebahagian bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di daerah Sidoarjo runtuh pada Isnin ketika kerja pengubahsuaian dilakukan tanpa kebenaran, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.

Pasukan penyelamat mengerahkan jentera berat pada Khamis selepas tiada lagi tanda-tanda kehidupan dikesan. Sebelum itu, mereka menjalankan kerja penggalian secara manual kerana bimbang penggunaan jentera berat boleh menyebabkan runtuhan tambahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619