AGENDA

Serangan berterusan Israel bunuh 53,339 rakyat Palestin, 121,043 cedera

18 Mei 2025, 3:00 PM
Serangan berterusan Israel bunuh 53,339 rakyat Palestin, 121,043 cedera

GAZA, 18 MEI: Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 53,339 orang, manakala 121,043 lagi cedera.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber sama, jumlah kematian sejak Israel meneruskan genosid pada 18 Mac selepas gencatan senjata selama dua bulan turut meningkat kepada 3,193, manakala 8,993 lagi cedera.

Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat sampai kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di wilayah itu, memandangkan tentera Israel terus menyasarkan pasukan ambulans dan pertahanan awam, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Serangan genosid Israel terus berlanjutan tanpa halangan, meskipun terdapat seruan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menggesa langkah bagi menghalang genosid serta mengurangkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Gaza.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619