AGENDA

Angka korban di Gaza meningkat kepada 58,026 orang, lebih 138,000 cedera

13 Jul 2025, 3:00 PM
Angka korban di Gaza meningkat kepada 58,026 orang, lebih 138,000 cedera

GAZA, 13 JUL: Angka kematian akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 58,026 orang, manakala 138,520 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sumber perubatan pada Ahad malam berkata, daripada jumlah itu, seramai 7,450 maut dan 26,479 cedera sejak 18 Mac lepas, iaitu selepas rejim Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza susulan tamatnya perjanjian gencatan senjata.

Mereka memaklumkan seramai 28 orang terbunuh ketika sedang mendapatkan bantuan dan dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala lebih 180 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban dan tiba di hospital setakat ini kepada 833 dan lebih 5,400 lagi cedera.

Menurut sumber itu, sebanyak 139 mayat dibawa ke hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk lima mayat yang ditemukan semula, sementara 425 orang lagi mengalami kecederaan.

Mereka turut memaklumkan masih terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan, namun pasukan perubatan dan penyelamat tidak dapat mengakses lokasi berikutan serangan berterusan.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619