PPMM gesa Israel diheret ke ICC, ICJ atas jenayah perang serang flotila

2 Okt 2025, 9:54 AM
PPMM gesa Israel diheret ke ICC, ICJ atas jenayah perang serang flotila

SHAH ALAM, 2 OKT: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindakan rejim itu menyerang flotila bantuan kemanusiaan “Sumud Flotilla” di perairan antarabangsa.

PPMM menegaskan perbuatan rejim itu menahan rakyat Malaysia dan aktivis antarabangsa di perairan antarabangsa jelas melanggar undang-undang serta dikategorikan sebagai jenayah perang.

“Flotila ini membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan berada di perairan antarabangsa, di luar zon maritim Gaza yang disekat. Namun tentera Israel bertindak agresif menahan serta mengancam aktivis, termasuk rakyat Malaysia.

“Tindakan ini melanggar Konvensyen Geneva Keempat yang melindungi orang awam ketika perang, Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) serta Peraturan Kemanusiaan Antarabangsa (IHL),” menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, PPMM menuntut semua rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan segera dan dikembalikan ke tanah air dengan selamat.

PPMM turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran yang ada bagi mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.

Setakat 7.50 pagi tadi, seramai 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut dilaporkan ditahan rejim Israel ketika flotila berkenaan memasuki zon merah di perairan Gaza.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619