Kapal misi Global Sumud Flotilla berjaya masuki Zon Merah R3 - SNCC

1 Okt 2025, 4:01 PM
Kapal misi Global Sumud Flotilla berjaya masuki Zon Merah R3 - SNCC

SEPANG, 1 OKT: Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), yang membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza berjaya memasuki Zon Merah R3, menandakan jarak mereka ke persisiran pantai Gaza adalah kira-kira 100 batu nautika.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kapal pertama Seulle masuk ke zon merah kira-kira pukul 9.20 malam (waktu Malaysia).

Beliau berkata jika tiada apa-apa halangan, misi GSF akan memasuki Zon Merah R2 esok (2 Okt) pukul 4.08 pagi (waktu Malaysia) atau 11.08 malam waktu Gaza.

“Kami di SNCC, akan terus memantau rapat perkembangan kapal-kapal ini, 24 jam kami berhubung dengan mereka dan kami juga akan cuba sedaya upaya memberi sokongan moral kepada pihak di atas kapal.

“Walau bagaimanapun, mereka ini dalam fasa-fasa latihan, fasa-fasa membuat persediaan dan kami tak benarkan mereka untuk banyak berkomunikasi dengan dunia luar kerana mungkin itu akan memberi sedikit sebanyak gangguan.

“Jadi, kami doakan ini adalah fasa-fasa yang insya-Allah berakhir dengan kemenangan. Apa juga ujian, kami mohon rakyat Malaysia terus berdoa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata jika tiada halangan seperti arah angin dan kelajuan kapal, misi GSF dijangka tiba di persisiran pantai Gaza esok (2 Okt) pukul 6.32 petang (waktu Malaysia) atau 1.32 petang waktu Gaza.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619