Lebih 8.3 juta rakyat terima manfaat SARA setakat ini, transaksi kekal stabil

6 Sep 2025, 12:00 AM
Lebih 8.3 juta rakyat terima manfaat SARA setakat ini, transaksi kekal stabil
Lebih 8.3 juta rakyat terima manfaat SARA setakat ini, transaksi kekal stabil
Lebih 8.3 juta rakyat terima manfaat SARA setakat ini, transaksi kekal stabil

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Hari keenam pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM107.1 juta, yang melibatkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam tadi.

Kenyataan Kementerian Kewangan memaklumkan kadar transaksi kekal stabil pada 99 peratus semalam.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada enam hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.

SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 yang boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619