Flotila ke Gaza diekori dron, cuaca buruk di perairan Barcelona

3 Sep 2025, 9:42 AM
Flotila ke Gaza diekori dron, cuaca buruk di perairan Barcelona
Flotila ke Gaza diekori dron, cuaca buruk di perairan Barcelona
Flotila ke Gaza diekori dron, cuaca buruk di perairan Barcelona
Flotila ke Gaza diekori dron, cuaca buruk di perairan Barcelona

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Flotila yang membawa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilapor berdepan penampakan beberapa dron di perairan Barcelona, Sepanyol sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan perjalanan mereka.

Menurut sumber Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim Malaysia) dron berkenaan tidak dapat dipastikan pemiliknya, menimbulkan kerisauan dalam kalangan peserta.

Selain isu keselamatan, sumber itu berkata flotila turut berdepan ribut petir di perairan berkenaan yang menyebabkan kelewatan ke destinasi seperti dijadual.

“Pada waktu ini mereka belum buat keputusan untuk patah balik. Mereka tengok balik cuaca. Kalau keadaan cuaca baik mereka akan teruskan pelayaran,” katanya.

Sebanyak 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza 1 September lalu, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.

Difahamkan fasa seterusnya akan menyaksikan kumpulan kedua terdiri 15 delegasi Malaysia berlepas dari pelabuhan Itali bersama delegasi antarabangsa pada 4 September ini, serentak dengan kumpulan ketiga Malaysia yang kini berada di Tunisia.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619