Dua lelaki Pakistan cabul budak perempuan OKU di perhentian bas

29 Ogos 2025, 8:40 AM
Dua lelaki Pakistan cabul budak perempuan OKU di perhentian bas

SEREMBAN, 29 OGOS: Polis menahan dua lelaki warga Pakistan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di perhentian bas Taman Tuanku Jaafar, di sini 24 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang ditahan semalam kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua warga asing itu mengenali mangsa yang berumur 11 tahun melalui aplikasi TikTok dan seorang daripadanya telah mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan kanak-kanak berada dalam pengawasan ahli keluarga atau penjaga yang dipercayai dan sentiasa memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak, khususnya penggunaan media sosial," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata orang ramai turut dinasihatkan agar tidak berkongsi rakaman kejadian di media sosial bagi melindungi identiti mangsa, sebaliknya menyalurkan maklumat terus kepada pihak berkuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619