PM Anwar hubungi rakan sejawat di Pakistan, Afghanistan cari penyelesaian damai

19 Okt 2025, 2:19 AM
PM Anwar hubungi rakan sejawat di Pakistan, Afghanistan cari penyelesaian damai
PM Anwar hubungi rakan sejawat di Pakistan, Afghanistan cari penyelesaian damai

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi, bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Menerusi panggilan telefon, Anwar menegaskan kepentingan untuk mencari penyelesaian secara damai melalui saluran diplomasi dan dialog, demi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan serta kestabilan rantau ini.

“Dalam masa sama, saya turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati mendalam atas musibah banjir yang melanda Pakistan serta gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan baru-baru ini.

“Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Pakistan dan Afghanistan, serta komuniti antarabangsa, dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, memperkukuh semangat persaudaraan Islam dan menyokong segala inisiatif ke arah keamanan serta kestabilan serantau termasuk rundingan damai yang sedang diusahakan di bawah kelolaan Kerajaan Qatar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bernama melaporkan Pakistan dan Afghanistan telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas rundingan di Doha, Qatar, menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar pada Ahad.

Rundingan damai itu diusahakan dengan perantaraan Qatar dan Turkiye.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619