Polis siasat dakwaan remaja OKU dicabul rakan sekelas dalam tandas

8 Nov 2025, 6:55 AM
Polis siasat dakwaan remaja OKU dicabul rakan sekelas dalam tandas

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Cheras, di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

“Satu laporan polis sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, polis belum memaklumkan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan dan sama ada akan membuat sebarang tangkapan atau merakam keterangan bagi membantu siasatan.

Difahamkan kejadian itu disedari ibu mangsa selepas remaja berusia 16 tahun itu memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki menariknya masuk ke dalam tandas sebelum bertindak mencabulnya.

Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan keluar dari kawasan sekolah sebelum memaklumkan kejadian kepada ibunya.

Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619