Jabatan Peguam Negara teliti laporan siasatan kematian Zara Qairina

4 Ogos 2025, 12:08 PM
Jabatan Peguam Negara teliti laporan siasatan kematian Zara Qairina

KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti laporan penuh siasatan awal yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Menurut kenyataan AGC hari ini, laporan berkenaan diterima masing-masing pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

“Proses penelitian itu merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang serta memenuhi prinsip keadilan,” menurut kenyataan berkenaan.

Sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan akan diumumkan setelah proses penelitian laporan siasatan awal selesai.

“Jabatan itu menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat sebarang penyataan bersifat spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan,” menurut kenyataan itu.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619