Bomba: Kebakaran hutan di Rawang berjaya dipadam sepenuhnya

3 Ogos 2025, 1:12 PM
Bomba: Kebakaran hutan di Rawang berjaya dipadam sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Kebakaran hutan di dua lokasi di Rawang dekat sini berjaya dipadamkan sepenuhnya petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas 60 ekar di Felda Sungai Buaya yang bermula lewat petang semalam berjaya dipadamkan pada 4.26 petang.

Beliau berkata lokasi kebakaran hutan kedua di Bandar Gamuda Garden melibatkan kawasan seluas 53 ekar yang juga bermula semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.28 petang.

"Seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, BBP Rawang dan BBP Batu Arang bersama tiga jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan sepanjang operasi di dua lokasi berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619