AGENDA

Harga RON95 kekal, RON97, diesel naik tiga sen seliter

16 Jul 2025, 10:07 AM
Harga RON95 kekal, RON97, diesel naik tiga sen seliter

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21, bagi tempoh 17 hingga 23 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan untuk tempoh sama, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen seliter daripada RM2.88 kepada RM2.91 seliter.

MOF memaklumkan penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan MOF.

Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619