AGENDA

Lelaki cedera di kepala, tangan, kaki, dipercayai diserang kucing tulap

6 Jul 2025, 8:07 AM
Lelaki cedera di kepala, tangan, kaki, dipercayai diserang kucing tulap

KUALA PILAH, 6 JULAI: Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan kaki selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap dalam kejadian di Kampung Pauh Terachi dekat Tanjung Ipoh, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 malam, melibatkan mangsa berusia 56 tahun.

“Serangan dipercayai berlaku awal pagi semalam ketika mangsa berada di kawasan kandang kambing miliknya di belakang rumah.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lokasi kejadian terletak berhampiran kawasan Hutan Simpan Berembun dan pihaknya akan memasang kamera perangkap bagi mengesan kehadiran haiwan berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619