AGENDA

Tujuh kilogram emas bernilai RM1.8 juta dilarikan dua lelaki bertopeng

4 Mei 2023, 4:15 AM
Tujuh kilogram emas bernilai RM1.8 juta dilarikan dua lelaki bertopeng

KUALA PILAH, 4 MEI: Tujuh kilogram emas bernilai kira-kira RM1.8 juta dipercayai dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah di sini semalam.

Rakaman video kejadian berdurasi 33 saat itu dipercayai berlaku pada jam 11.37 pagi tular di media sosial sejak jam 1 petang.

Dalam rakaman tersebut, dua individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan emas daripada dua lelaki yang merupakan dua pekerja pembekal emas.

Suspek kemudiannya menaiki dua kereta jenis kereta Toyota Altis dan Toyota Camry, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman berkata, kejadian itu membabitkan pembekal emas mereka dan ia berlaku di luar premisnya.

"Mereka memaklumkan kejadian itu kepada kami dan kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV), laporan polis sudah dibuat," katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abd Wahab ketika dihubungi menyatakan kenyataan media berhubung kejadian berkenaan akan diberikan selepas ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619